Dikemas kini 21 September 2026

Terma penggunaan.

Dengan menggunakan WebRM100, anda bersetuju memberi maklumat yang tepat dan menggunakan akaun serta pautan peribadi anda secara bertanggungjawab.

Akaun

Jangan kongsi kod login atau pautan semakan peribadi. Anda bertanggungjawab terhadap aktiviti yang dibuat melalui akaun anda. Hubungi kami segera jika anda mengesyaki akses tanpa izin.

Servis RM100

Servis merangkumi website satu halaman dan tiga pusingan semakan. Domain dibeli berasingan. Skop terperinci, giliran dan masa mula kerja dipaparkan semasa tempahan.

Kandungan

Anda mesti mempunyai hak untuk menggunakan teks, logo dan gambar yang dihantar. Kandungan yang melanggar undang-undang atau hak pihak lain boleh ditolak.

Bantuan

Untuk pertanyaan akaun atau servis, hubungi WebRM100 melalui WhatsApp.